Skip to main content

Posts

189 - TIP BELANJA BERHEMAH

Recent posts

188 - FRAME GAMBAR MURAH

Bismillahirrahmanirrahim Dalam rumah ni, kami tak banyak gantung frame sebab taknak messy dan crowded. Ada beberapa frame yang saya beli online dari FB digantung di ruang tamu rumah dan kawasan tengah rumah. Macam khat di bawah ni saya beli kat FB, tapi bingkainya saya tempah berasingan disebabkan seller tak provide bingkai. Kos keseluruhan below RM1,000.00. Saya ada cerita dalamlink ini. Frame lagi satu saya beli dengan seller yang sama RM110.00 including postage. Untuk frame di bawah ni, kalau sesiapa nak order boleh tempah dengan kami. (^_^)
Ada juga frame dalam bilik anak, Encik Suami design dan print sendiri.Sesiapa yang nak tempah frame gambar murah boleh Whatsapp 012.2364413. Untuk gambar di bawah saiz A4 tanpa bingkai RM10.00 sahaja (excludepostage)

187- BERCUCUK TANAM DI LAMAN SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim


Oleh kerana terdapat sedikit tanah di tepi rumah, Encik Suami memanfaatkan tanah sekangkang kera dengan menanam beberapa pokok. Sebenarnya dari awal dahulu kami pernah menanam pokok ciku tapi atas pandangan orang lama tidak dicadangkan untuk tanam dalam kawasan rumah. Dalam masa yang sama ditanam juga pokok rambutan di luar rumah tapi kemarau awal 2014, tak menjadi pulak tanaman ini.Di belakang rumah pernah ditanam pandan, serai, limau purut dan cili. Beberapa tahun lepas tu, mati. Akhirnya Encik Suami tanam di dalam pasu. Cuma serai dan pandan kami tanam semula atas tanah dan menjadi semula.Dan sekarang kebanyakan tanaman ditanam di dalam pasu di tepi rumah. Tanaman ini telah membuahkan hasil. Akan datang mungkin akan dialihkan ke atas tanah. Insya Allah.

Dan beberapa pokok buah-buahan masih baru ditanam di atas tanah semula. Kat bawah ni pokok durian dan pokok durian belanda. Anak pokok durian tu RM30. Tapi beli di nurseri berbeza. 1 pokok mangga harum manis d…

186 - PENGALAMAN MENGINAP HOTEL DI LANGKAWI

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya nak cerita pasal penginapan hotel di Langkawi masa outstation baru-baru ni.Penganjur memilih hotel Bella Vista. Cantikkan..Tapi masa sampai indah khabar dari rupa. Kat entrance je nampak tak proper maintain. Beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan hotel. Mujur bukan di lobi. Penganjur bagi bilik single dengan katil king. Tapi bilik sempit. Space kiri kanan katil muat untuk satu sejadah dan di situ ruang untuk solat. TV yang ada kabur siarannya. Akak ni dah la pegi bawa family, memang tak selesa la jadinya. Haish..
Lif dekat wing kami tu pulak hanya satu je yang function tapi slow amat. Cafe di blok berbeza. View mengadap laut memang lawa. Cuma tiada bumbung antara blok penginapan dan cafe. Kiranya kalau hujan, memang tak boleh la kita pegi ke cafe berkenaan sebab confirm basah walaupun kau berlari selaju Khairul Hafiz Jantan.Overall, akak bagi rate 4/10. Hotel yang tak akan dipilih pada next visit.Lepas settle program, kami ke Pantai Cenang. 10 ja…

185 - MEMBELI EAMES CHAIR YANG MURAH

Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu sebelum puasa, saya terbeli (eh) 2 unit kerusi eames. Terpengaruh tengak dalam FB. Pandai no depa dok mendeko rumah masing-masing. Ramai kot yang beli eames chair ni. Maka akak rasa tercabar hehe.Maka dengan gigihnya saya pun dok menggoogle harga eames chair ni.Tengok harga kat lazada. Humang aii.. Pi try tengok kat tempat lain..  Akak memang la plan (tadi kata terbeli yek ^_^) nak beli dua unit pasal terpengaruh tengok rumah orang.  Seller #1 : 1 unit eames chair without arm RM90.00. Murah kan. Try tanya harga with arm, pre order RM240/2 unit tapi ETA dalam 4 minggu.  Seller #2 : Harga 2 eames chair without arm RM150.00. Ini lebih murah. Kalau harga with armpre order RM260/2 unit. Mahal la pulak. Seller #3 : Yang ni pun kena pre order. Semua pre order kot. Harga pre order RM190/2 unit tapi ETA dalam 3 minggu. Eh yang ni macam lagi bagus. Hahaha.. Tetiba timbul rasa bersalah bila ko dok tanya harga dengan orang pastu ko tak beli. Kesian la kan kat orang tu ka…

184 - THE POWER OF DUA

Bismillahirrahmanirrahim

Kita ni kadang-kadang bukanlah baik sangat pun kan. Tapi kadang-kadang perjalanan hidup kita macam smooth je. Jadi bersyukurlah. Bukan senang nak senang.Dalam hidup ini jangan banyak buat masalah dengan orang. Tetapi bersyukurlah kita dikelilingi orang yang baik-baik. Dan kita tak lari daripada dikelilingi oleh orang yang tidak baik. Itulah warna hidup kan.  Saya ada terdengar/mendengar seorang bijak agama berkata-kata, dalam hidup kita kadang-kadang kebaikan yang diterima adalah disebabkan ada orang lain yang mendoakan kita. Jadi jangan kedekut mendoakan orang lain.Ustazah Norhafizah Musa ada menyebut doa yang baik bukan setakat doa dengan air liur tapi berdoalah dengan airmata. Dan itulah yang sebenarnya jarang kita (baca:saya) buat. Kata beliau, sampaikan doa juga untuk jiran tetangga. Semoga kita dikelilingi masyarakat yang baik-baik.Doa seorang ibu amat mustajab. Tapi cepat atau lambat dimakbulkan bukan urusan kita. Satu daripada doa saya, saya selalu mohon…

183 - SURVEY DULU SEBELUM NAK BER'ONLINE SHOPPING'

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah dulu ada azam nak letak had dalam berbelanja. Yelah kan sekarang tiada apa yang murah. One of the list, nak kurangkan window online shopping kononnya. Konon sangat. Ternyata gagal.Tapi untungnya saya masih bukan kategory shopaholic. Er bila ada lebihan saya rajin sikit nak melayari kedai-kedai yang ada nama di laman sesawang ni. Lazada. Glamour kot. Tapi sampai la ni belum ada hati nak beli kat web ni. Sebab certain things yang saya survey, banyak barang yang lazada offer, harganya masih mahal walaupun kat situ dah tertera harga asal.. kononnya.Antara website saya suka tengok, www.theonemall.com. Banyak barang dan harga jubahnya lebih murah dari yang ditawarkan lazada. Contohnya macam comparison item di bawah. Cuma satu yang saya kureng sikit pada theonemall ni satu je, tempoh penghantaran hampir 2 minggu. Lambat. Spesies jenis tak sabar memang macam tu.Sebenarnya dalam membeli kita kena rajin survey, duit anda pilihan anda. Tapi bagi saya, saya tak nak r…