Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

10 - ANAK-ANAK UMMI DAN AYAH

Assalamualaikum. Kakak dan adik, ummi dan ayah sayang sangat pada kamu berdua. Ummi tahu ummi bukan ibu yang sempurna untuk kamu, tapi cinta dan kasih sayang ummi pada kamu berdua tiada tandingannya. Ummi dan ayah selalu sibuk. Hantar kamu seawal 7 pagi ke taska dan ambil pada lewat petang. Masa untuk bersama cuma pada hujung minggu. Ummi berharap ada banyak masa untuk kamu berdua. Ummi harap kakak imaan akan sayangkan ummi ayah dan adik inas sampai bila-bila. Melihat kamu berdua bermain ketawa bersama adalah momen terindah untuk ummi dan ayah. Kelembutan (inas) dengan suara yang susah didengari walau diagah macam mana sekalipun hanya berjaya berbunyi apabila bermain dengan kakak imaan. Setiap hari ummi berdoa supaya Allah kurniakan kamu kesihatan yang baik, kecerdasan minda, kemuliaan hati, keyakinan yang tinggi, keimanan yang tiada tolok bandingnya serta paling penting memegang aqidah Islam selagi hayat dikandung badan serta sayangkan ummi dan ayah dunia akhirat walaupu

9 – SUPPLEMEN UNTUK PENYUSUAN (SHAKLEE)

Assalamualaikum. Jika merujuk kepada entri sebelum ini , saya kongsikan tentang tips penyusuan. Satu daripadanya saya katakan tentang keperluan supplemen . Semasa stok susu imaan sedikit (disebabkan saya lambat mengumpul stok) saya memang risau sangat. Seorang kawan mencadangkan supaya saya mendapatkan suplemen SHAKLEE . Rata-rata orang zaman sekarang telah mengenali Shaklee. Ternyata Shaklee membantu saya dalam menghasilkan susu yang berkualiti. Untuk itu, ingin saya kongsikan bagi set penyusuan, set yang bersesuaian untuk ibu menyusu adalah seperti berikut : SET 1 :   ·              1 - Vitalea* 120 biji: J ika diambil setiap hari, Vita-Lea® mampu: Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.* Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. Biotin dan asid pantotenik membantu untuk metabolismekan

8- PENILAIAN

Assalamualaikum. Bila hujung-hujung tahun ni, perkara paling tak suka nak dibuat ialah menilai orang lain. Nak kena panggil nak kena bagi markah nak evaluate macam-macam sedangkan banyak lagi kerja nak kena buat. Walaupun kerja menilai ini pun salah satu job scope. Hmm.. bukan senang nak menilai orang sebab kita pun bukan bagus sangat pun. Tak baik mengeluh. Ni kan kerja. Sumber rezeki. Semoga diberkati dan dicukupkan rezeki yang ada selama ini.

7 – PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA – SIRI II

Assalamualaikum. Ini adalah lanjutan entri  ini   Petang selepas keluar dari labour room saya dihantar ke wad biasa. Rasa letih masih terasa. Keadaan wad bersalin penuh. Dua kali saya bertukar wad.   Petang itu, saya memang hilang daya dengan rasa sakit selepas bersalin. Encik suami yang membawa dan salinkan saya di kamar mandi.   Malam pertama bergelar seorang ibu, saya merasa sangat puas walaupun letih, hati/otak mula teringat akan anak. 23/09/2011 : Encik suami datang awal untuk bawa saya ke nursery. Pertama kali saya pegang dia yang kami namakan ‘IMAAN MARYAM AFFENDI’. Saya amat kekok untuk menyusukan imaan kali pertama. Tapi saya tetap mencuba kerana niat utama anak ini akan saya susukan juga dengan apa cara sekalipun. Sesudah itu, saya kembali ke wad bila mana rakan-rakan sepejabat telah memenuhi bilik wad. Pada hari itu adalah hari sambutan jamuan raya di pejabat. Sudah saya anggarkan sebelum ini saya mungkin tidak dapat menikmat jamuan te

6 – PENGALAMAN MENYUSU ANAK

Assalamualaikum. Semasa mengandung anak pertama, saya menanam niat untuk menyusukan bayi dalam kandungan. Sewaktu ditanya nurse ketika sesi check up bulanan perkara ini telah ditanya dan saya sangat confident dengan keputusan saya. Sayangnya saya tidak cukup menuntut tentang ilmu penyusuan sepanjang tempoh kehamilan. Hari pertama kelahiran imaan, saya dengan kekok tapi sedaya upaya cuba menyusukan imaan dan sepanjang malam pertama kami di wad, imaan kerap bangun merengek. Hari pertama pulang ke rumah mak,imaan masih begitu. Semua di rumah mencadangkan keperluan penyusuan imaan ditampung dengan susu formula. Tuhan saja tahu betapa kecewanya saya ketika itu. Saya menangis dan hanya encik suami yang tahu sengsaranya saya dengan ketiadaan air susu. Hari itu juga, encik suami keluar mencari pam susu demi anak dan isteri yang tengah stress. Encik suami membeli pam elektrik pureen. Sayang sekali lagi, hasil tuaian amat mengecewakan. Malah sedutan pam terseb