Skip to main content

5 – PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA – SIRI I



Assalamualaikum.

  1. 20/9/2011 : Saya masih bekerja dan memandu seperti biasa. Pada masa ini saya berulang alik dar rumah mak ke tempat kerja. Memandangkan tarikh EDD pada 1/10/2011 encik suami khuatir jika dalam tempoh hujung-hujung ini, ketika dia tiada di rumah saya mengalami masalah. Sekurang-kurangnya di rumah mak ada teman jika apa-apa berlaku dan jarak ke hospital lebih dekat dibandingkan jarak dari rumah kami.

  • 21/9/2011 : Sudah lazim, malam-malam selepas encik suami pulang kami akan berbalas mesej. Entah masa mesej saya terlelap dan saya bermimpi. Oh ya saya memang jenis orang yang akan selalu bermimpi ketika tidur setiap hari. Tengah bermimpi saya terasa seperti telah terkencing. Saya lantas tersedar. Di penghujung kehamilan adalah normal untuk kerap bangun malam untuk buang air. Saya terasa ada air keluar. Air tersebut tidak berbau, dan saya mula gusar. Saya hubungi encik suami. Encik suami minta saya segera beritahu mak. Saya kejutkan mak. Kata mak itu air ketuban, memandangkan telah 2-3 pagi, mak suruh saya tunggu sehingga subuh jika masih ada air keluar kita akan ke hospital sebab pada masa itu saya tidak merasa sakit.

  • Sepanjang pagi itu saya tidak tidur dan selepas solat subuh ayah bawa saya ke hospital. Mak menyuruh saya minum air selusuh. Saya turuti sahaja, maklumlah ini kehamilan anak pertama.

  • Sampai di hospital, saya ditolak menggunakan wheel chair walaupun saya refuse kerana saya masih boleh berjalan dan tidak sakit. Saya dibawa ke wad bersalin. Subuh itu, ramai sangat orang di wad bersalin dengan pelbagai karakter. Yang menahan sakit, yang menangis tak tahan sakit, yang telah selamat bersalin, yang keguguran anak. Saya yang tidak merasa sakit hanya menunggu. Menunggu apa kata doctor dan encik suami tiba.

  • Oleh kerana tiada rasa kontraksi dan tiada air keluar sepanjang tiba di hospital hingga ke asar, saya mohon untuk pulang. Petang itu, adik beradik dan encik suami datang dengan pelbagai makanan. Saya tidak kisah kerana rasa excited untuk pulang.

  • Malam itu dalam pukul 10 ketika hendak tidur (dari pukul 3 pagi saya tidak tidur), saya dipanggil doctor untuk pemeriksaan CTG. Leceh betul rasanya (ketika itu)sebab badan dah mula rasa letih kerana tidak tidur dan tidak makan.

  • Sekali lagi saya dipanggil, doctor minta encik suami datang kerana tempoh air ketuban keluar telah hampir 24 jam dan dilate 2cm walaupun saya masih tiada rasa apa-apa.

  • 22/09/2011 : Nasib lah encik suami menumpang tidur di rumah kakak yang berhampiran hospital. Dalam 12 ++ malam encik suami diminta untuk membenarkan saya diinduce kerana khuatir baby akan ada masalah. Selepas itu saya ditolak ke kamar bersalin.

  • Nurse kerap masuk untuk melihat CTG baby. Saya terus terlelap kerana letih. Pukul 3.00 pagi nurse bertanya jika saya rasa sakit. Saya katakan tidak. Kata nurse kejap2 lagi sakit la tu. Saya diamkan diri. Dalam pukul 3.15++ pagi semasa nurse memantau CTG baby, saya mula rasa kontraksi. Dari 30 minit ke 15 minit. Saya meminta nurse benarkan encik suami masuk. Encik suami menemani sehingga 5.30 pagi.

  • Saya mula tidak tahan sakit, saya berdoa doctor cepat tiba kerana sepatutnya selepas 6 jam doctor akan memantau bukaan serviks. Sehingga 8.30 pagi tiada doctor yang datang. Saya tidak tahan lagi dan berdoa doctor akan beritahu bukaan telah 7 cm. Pagi itu, ketika doctor datang memeriksa, bukaan baru 4 cm. Ya Allah, saya terasa azab untuk menunggu lebih lama. Selepas itu, dalam 9.00 pagi saya diberi minum air susu dan sepotong roti  (1/4 tapak tangan orang dewasa)untuk mangalas perut. Air dan roti itu sangat sikit ok. Em mungkin itulah kadar yang boleh diberi kepada bakal ibu di kamar bersalin. Setelah itu saya ditukarkan ke kamar bersalin yang lain di mana saya sudah tidak dibenarkan bergerak. Mesin CTG sentiasa di perut.

  • Dalam kamar kedua ini rasanya pelbagai doctor/medical officer yang datang menjengah. Cina/melayu/india baik lelaki mahupun perempuan. Saya tak boleh fikir tentang aurat atau apa. Saya cuma mahu keluarkan anak dalam rahim ini pada masa itu. Dalam pukul 10, seorang doctor cina perempuan membuat pemantauan dan mengarahkan JM yang menjaga saya supaya panggil suami masuk menemani saya. Nama doctor itu Dr Yvonne – doctor pakar.

  • Dalam sakit itulah, CTG tak cantik la pulak, kejap2 doktor (doctor cina yang lain) suruh mengiring sedangkan dalam sakit kontraksi tu memang tak boleh dah nak bergerak.

  • Sehingga pukul 12 kontraksi telah bertukar kepada 5 minit. Kata kakak JM tu ‘sabar dik, anak pertama memang susah sikit, biasa 1 jam 1 cm’. Kalau ikut kiraan 1 jam 1 cm pada masa itu, saya jangkakan akan lahirkan bayi pada 5.00 petang. Ya Allah, saya memang tak tertanggung menahan kesakitannya. Sehingga saya merayu kepada doctor untuk ceaser je saya. Kata doctor india lelaki itu, tidak boleh sebab telah dilate 6cm. Doctor cina lelaki langsung buat taktau bila saya merayu-rayu.

  • Sakit makin tidak tertahan, tiba-tiba saya rasa seperti hendak buang air besar. Nurse dan doctor telah kelam kabut untuk siapkan saya. Dr Yvonne bertanya mana suami saya. Dalam kelam kabut itu lah, saya diajukan buku merah pemeriksaan kandungan untuk mengesahkan no telefon encik suami. Saya mengiyakan sahaja. Tidak lama selepas itu, encik suami masuk semasa doctor mengarahkan saya untuk meneran. Saya cuba berkali-kali. Tapi nafas tidak cukup memandangkan pada masa itu saya tiada tenaga dan kehausan sangat2.

  • Akhirnya doctor meminta izin encik suami untuk vacuum baby memandangkan baby semakin lemah. Sekejapan pulak rasanya baby telah keluar. Maka 22/09/2011 jam 2.04 petang secara rasminya saya telah melahirkan baby perempuan seberat 2.9kg. Saya diminta untuk sebutkan jantina bayi sebelum bayi dibersihkan. Kali pertama melihat anak sendiri, hilang segala kesakitan yang ditanggung. Nikmat mana yang mahu kamu dustakan. Syukur Ya Allah, semuanya telah selamat.

  • Setelah itu, saya perlu dijahit dengan banyak memandangkan kelahiran anak dibuat dengan bantuan vacum. Hinggakan semasa doctor tersalah cucuk saya begitu redha menahan sakit kerana sakit kontraksi tu tak boleh diungkap dengan kata-kata.

  • Selesai segala, seorang nurse India yang sangat baik membersihkan saya. Dia dengan tertib dan lembut melayan saya. Mendapatkan air untuk saya. Saya kemudian tertidur sehingga nurse datang dengan bayi saya. Saya mencium anak saya dan gugur airmata kegembiraan dengan kelahiran ini. Bayi saya perlu dihantar ke nursery memandangkan lahirnya melalui teknik vacuum.


To be continued…

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40