Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

21 - ANAK-ANAK

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum. IMAAN MARYAM AFFENDI ADIK KAKAK SAYANG ADIK DAN KAKAK   INAS SARAH AFFENDI

20 - BUKU ATAU PENULIS

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum. Jika diberi pilihan antara buku dan penulis, biasanya saya memilih buku. Selepas itu saya terus akan memilih penulis penulis dan penulis. Kenapa? Kerana biasanya saya mudah terpengaruh dengan kredibiliti penulisnya. Contohnya, pernah satu ketika saya terpengaruh dengan rebiu buku Andrea Hirata oleh Dr Hana . Selepas satu buku Andrea Hirata, saya akan mencari semua buku yang ditulis oleh beliau. Sama juga ketika saya mula membaca buku Kite Runner , selepas terpikat saya terus mencari karya Khaled Hosseini yang lain seperti A Thousand Splendid Suns. Saya ingat lagi saya ambil masa untuk mengkhatamkan Kite Runner, baca sedikit tutup sampai satu hari saya terdetik untuk buka semula dan saya tidur lewat malam untuk selesaikan buku tersebut. Siap ada drama air mata. Bagi saya tulisan Khaled Hosseini cukup dengan rempah ratus yang kita rasa berbaloi untuk beli semua bukunya. Begitu juga dengan A Thousand Splendid Suns, buku ini juga mengund

19 - JUMLAH ANAK YANG IDEAL

Bismillahirrahmanirrahim. Asssalamualaikum. Berapa jumlah anak yang ideal bagi satu-satu keluarga? Pada saya, bilangan yang ideal ialah 3-4 orang. Sekiranya lebih daripada itu, saya memang respek kepada ibu bapa tersebut. Dewasa ini, kita boleh lihat betapa kos hidup semakin meningkat. Ada rakan pejabat menetapkan sasaran untuk memiliki 4 anak sahaja. Saya setuju dengan pendapat beliau. Perancangan keluarga itu satu keperluan yang amat penting diberi perhatian. Bukan untuk menidakkan betapa bagusnya meramaikan umat Nabi tetapi dalam situasi sekarang banyaknya kejatuhan moral dan akhlak anak muda, ekonomi yang makin meruncing, kuantiti bukan lagi faktor utama tetapi demi menjaga kualiti tidak salah kita merancang apa yang kita inginkan. Saya pernah memberitahu encik suami saya hanya mahukan 3 anak. Jika ada rezeki 4 lebih baik. Bukan kerana saya takut untuk bersalin berikutan saya jenis yang sukar bersalin tetapi beberapa faktor lain. Pertama : Kerjaya saya yang kadang-kadang

18 - HIDUP TANPA HUTANG

B ismillahirrahmanirrahim. Asssalamualaikum. Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh rakan sepejabat bahawa salah seorang rakan kami telah menyelesaikan hutang kenderaan yang baharu sahaja ditukar hujung tahun lepas. Wah.. saya kagum. Semasa sarapan saya mengusik beliau. Bestnya hidup tanpa hutang. Prinsip hidup saya untuk meminimumkan hutang piutang yang ada. Saya jenis orang yang tidak suka hidup dengan hutang. Tapi sebagai manusia yang tak banyak harta saya tiada kemampuan untuk mengelak dari meminjam untuk pembiayaan kenderaan dan rumah. Dahulu dalam tahun 2009 saya pernah menggunakan kad kredit. Tujuan penggunaan setelah terpengaruh dengan justifikasi senior saya pada waktu itu. Saya tidak terpedaya tapi saya melihat rasionalisasi pandangan beliau memandangkan saya percaya kepada status kewangan beliau dan sifat kalkulatif yang dimiliki. Maka pada tahun itu saya dengan rasminya telah memiliki sekeping kad kredit maybank untuk tujuan penggunaan dalam keadaan terdesak. Sepanja

17 - IMAAN MARYAM AFFENDI

Bismillahirrahmanirrahim. Asssalamualaikum. Imaan anak yang sensitif. Bila inas suka tarik rambut ummi, imaan akan tarik balik rambut inas. Alahai kakak, adik tu kecil lagi.Pernah sekali otw balik dari taska, imaan ketuk kepala adiknya. Bila saya marah, saya akan kata 'ummi tak nak kawan dengan imaan'. Imaan akan cakap 'sayang ummi'. Kalau saya marah tak peduli kata sayangnya, imaan akan terhegeh-hegeh datang ke saya dan peluk sambil cakap sayang ummi. Begitu juga, jika di rumah bila saya marah dia akan lagi mendekati saya walaupun saya buat-buat tak peduli kehadirannya. Imaan anak yang jujur. Imaan akan mengaku segala kesilapan yang dilakukan. Contohnya, dulu lebih 3 bulan imaan menangis ketika dihantar ke taska. Ceritanya di  sini . Jika sesiapa (ahli keluarga kami) sahaja akan tanya siapa yang menangis pegi school, imaan akan jawab nama dia. Sekiranya ada air yang ditumpahkannya di rumah, dia akan mengaku dia yang buat. Anak kecil, jiwanya suci bersih. Im

16 - JOM MENDERMA UNTUK ADIK ADRA AFIEYA ADZRIEFAIZ

Salam and hi to all. Tujuan page ini dibuka bagi mengumpul dana buat Liz Ismail and Faiz little munchkin Adra Afieya. She need undergone for liver transplant dan cost die mencecah RM 1juta. Disini kami ingin memohon jasa baik anda diluar sana untuk mhulurkan sedikt dana bagi menampung cost rawatan baby Adra. Baby Adra sekarang maseh berada diwad ICU, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bantuan boleh di salurkan terus ke account Suliza Ismail [Adra mummy] Maybank Acc : 1620 2137 9341 [SULIZA ISMAIL] Juga boleh berhubung terus dengan kami. PM thru our page or leave ur comment. Walaupun RM1 bantuan dari anda sudah mcukupi untuk membantu, ikhlas kita Allah sahaja boleh balas.Moga anda semua dirahmati. mohon repost,reshare kepada kawan kawan.  Disalin dari sini. Tambahan info : Kongsi juga di sini  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ini hari dia. Hari kita entahkan bil

15 - TANGGUNG DAN JAWAB

Bismillahirrahmanirrahim. Asssalamualaikum. Ada satu waktu, pejabat kami dilawati oleh satu bahagian dari Ibu Pejabat yang pada ketika baru selesai mengadakan satu bengkel di negeri ini. Makan tengahari diselangi dengan perbincangan pelbagai isu. Isu kerja isu ekonomi isu negara. Saya lebih suka mendengar. Untuk menambah rasanya tidak layak bila orang 'besar-besar' berkata-berkata beri peluang itu pada mereka. Tatkala membincangkan tentang peranan PAC , satu perkara yang menarik minat saya tentang tanggungjawab . Kita takkan lari dari tanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan. Hatta apabila kita tidak lagi berkhidmat, kita masih bertanggungjawab kepada tindakan atau keputusan yang telah dilakukan. Kita tidak boleh lari kerana ke mana kita pergi kita akan dicari untuk menjawab semula ke atas tindakan/keputusan yang dibuat sebelum ini. Kalau kat atas dunia ini tak boleh nak tanggung , maka jawablah apabila kita berada 'di bawah' sana nanti. Itu maksud tanggun

14 - BIAR BENAR

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum. Baru-baru ini ada mendengar satu tajuk 'Biar Benar' dalam segmen Usrati oleh Ustazah Nurhafizah. Ini adalah satu rumusan untuk peringatan diri saya sendiri : Dalam hidup ini biasakan diri untuk sentiasa benar. Mungkin apa yang terzahir pada diri kita yang dapat dilihat manusia di luar sana tidak sama apa yang ada di dalam. Hanya diri kita sendiri dan Allah Maha Mengetahui. Maka jadilah diri yang sebenar-benar dan jangan topengkan diri dengan kepalsuan. Ketika berbicara dengan suami/isteri/anak-anak, sentiasalah jujur dan berkata benar. Jangan sesekali cuba menutup kebenaran hanya untuk mengelakkan konflik yang bakal timbul kerana sekali kita membuat satu penipuan maka akan berlaku siri-siri penipuan selepas itu. Tenteramkah hati jika kerap memulakan sesuatu dengan satu penipuan? Hendaklah kita membenarkan apa yang telah Allah SWT wahyukan kepada kita melalui pesuruhnya yang terpilih. AlQuran contoh terbaik. Setiap yang ada henda

13 - PENGALAMAN BERSALIN KALI KEDUA

Assalamualaikum. Pengalaman bersalin anak pertama menjadi panduan untuk ummi kali ini. Malam itu 26/5/2013, ayah bergurau senda dengan kakak di ruang tamu. Ketika mahu bawa kakak tidur dalam pukul 11 malam, ummi rasa lain macam. Trimester terakhir memang kerap sakit belakang dan penghujung trimester ummi memang penat bawa perut. Ramai teman di pejabat melihat kandungan kali ini lebih besar dan ada menjangkakan ummi mengandung bayi kembar. Sebelum tidur ummi dapati terdapat tanda darah. Ummi mula cuak kerana pengalaman pertama berbeza kali ini. Pinggang mula rasa sakit. Dalam pada itu ummi juga risaukan kakak yang tidak pernah tidur berjauhan dari ummi. Malam itu juga, ummi ayah kakak dan mak bergerak ke rumah mak ngah. Dalam melekakan kakak di rumah mak ngah, senyap-senyap ummi  ayah dan pak ngah bergerak ke hospital. Kali ini memang ummi tidak sediakan air selusuh kerana cukup dengan review minyak kelapa dara Tanamera . Ummi dibawa ke wad bersalin. Alhamdu

12 - PENUTUP 2013

Assalamualaikum 28/12/2013 : Kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri aqiqah untuk adik Inas dan sekaligus kenduri kesyukuran berpindah ke rumah baru. Gambar tiada, masing-masing sibuk. Gambar yang ada macam tidak relevan untuk menggambarkan suasana sebelum semasa dan selepas majlis. Apapun syukur sebab tanggungjawab untuk adakan aqiqah untuk anak dah selesai. Teringat satu bual bicara di radio IKIM lama dulu, aqiqah ini tanggungjawab dia seperti kita menebus anak itu sendiri daripada Allah. Selagi tidak laksanakan seolahnya anak itu bukan milik mutlak ibu bapa. Biar apa pun tafsirannya, kita semua ini tetap hak milik mutlak Allah dari segumpal darah sehingga ditarik nyawa oleh Izrail satu ketika nanti. Selesai majlis, anak-anak diserang demam. Malam selepas kenduri, badan Imaan dah mula dedar. Isnin terpaksa ambil cuti kecemasan untuk bawa Imaan ke klinik walaupun pada hari itu 30/12/2013 ada event penting di pejabat. Anak-anak tetap menjadi keutamaan. Petan

11 - RECAP 2013

Assalamualaikum. Tiada yang lebih istimewa dan terindah saat melahirkan adik pada 27 Mei 2013. Cerita tentang kelahiran adik akan ada pada entri akan datang, insyaAllah. 19/8/2013, hari pertama anak-anak dihantar ke taska meruntun jiwa seorang ibu bila si adik yang masih refuse untuk menyusu secara terus melalui botol dan si kakak yang meraung tidak mahu ditinggalkan di taska. Kakak, ketika kamu 7 bulan, kamu pernah dihantar ke taska yang sama. Tetapi hanya 3 hari, ayah bawa kamu pulang selepas tidak sanggup melihat kamu menangis dengan bubur dan susu yang dihantar bagai tidak luak. Lalu kamu dijaga oleh makcik kamu sehingga kamu berusia 11 bulan. Apabila ummi disahkan mengandung, kita berdua berpindah semula ke rumah mak bila daya tahan diri ummi agak kurang ketika mengandungkan adik . Sejak kamu lahir sehingga kamu 6 bulan, mak yang banyak berkorban menjaga kamu. 6 bulan pertama menjadi ibu, bukan perkara mudah untuk ummi dan ayah menjaga kamu. Disebabka