Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah.  Ni nak share p

36 - MENCARI IDEA LANDSKAP TAMAN

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Bila ada rumah sendiri macam-macam yang difikirkan untuk mencantik/mengindah/menyejukkan mata sendiri. Itu lah nikmat punya rumah sendiri. Rezeki masing-masingkan. Antara cepat dan lambat. Antara banyak dengan sedikit je rezeki yang dimiliki. Alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang. Saya tidaklah beria sangat untuk mendekorasi habis-habisan. Pertama : kena kira kemampuan. Kedua : bagaimana nanti kena bertukar lokasi tempat kerja. Sayang je rumah ditinggal-tinggalkan. Hmmm... Tetapi untuk kepuasan sendiri, kita buatlah apa yang termampu. Beberapa minggu lepas ada pegi survey di nursery di Alor Gajah. Excited la nak bercucuk tanam bunga bagai. Tapi mengenangkan sekarang musim panas, macam tak berbaloi nak menghias buat masa ini. Baru-baru ni adalah juga dok meninjau dalam google pasal landskap taman. Memang banyak yang cantik. Tapi kita ukur duit dalam bank sendiri la kan. So mana yang agak2 boleh ditimbang kati boleh la dijadik

35 - BILIK PELBAGAI GUNA

Bismillahirahmanirrahim     Assalamualaikum.  Dalam rumah kami ada 4 bilik.  Untuk bilik terakhir dan bilik paling kecil, saya jadikan bilik simpanan barang, bilik solat dan bilik simpanan buku. Tapi biasa kami solat di master bedroom . Kadang-kadang je solat kat situ.  Cuma untuk tetamu bilik ni jadi bilik untuk tetamu tumpang solat. Dari belakang Bilik ni tidak la kemas mana hehe. Dalam proses nak fikir macam mana nak susun dengan praktikal. Hari tu adalah cadang nak beli meja macam bilik study Pn Fizah tapi bila pergi cari meja di kedai tersebut, stok dah tiada. Frust la jugak. Sebab meja tu cantik, simple dan harga pun ok. Plan dengan encik suami nak make over bilik ni. Masa tu ntah bila la hihi harap tak lama lagi la. Dari depan Rak buku yang tiga sederet ni saya guna since dari study dulu sampai sekarang. Dah uzur sikit tapi still boleh guna. Tu la dah beritau encik suami nak beli yang lebih besar. Sebelah kanan bilik ni tingkap yang menghadap kawasan

34 - DARIMU KAMI DATANG KEPADAMU KAMI KEMBALI

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Pagi semalam 17/2/2014,  ketika baru tiba di pejabat bertalu2 mesej masuk dalam group whatsapp batch kami.  Dikhabarkan salah seorang teman sejawatan meninggal dunia. Saya terkedu bagaikan sukar terima hakikat. Dia di Putrajaya. Kali terkahir bertemu hujung 2012 ketika dia datang menjalankan pengauditan di pejabat saya. Itu kali akhir saya bertukar cerita dengannya. Walaupun tidak rapat tapi kami sama batch 2008. Dalam umur 31 tahun dia pergi menyahut panggilan Illahi dengan meninggalkan seorang anak yang masih kecil. Tiada sakit dalam hayatnya. Berita yang diterima menyatakan arwah meninggal di rumah. Si suami mnyedari mulut arwah berbuih, panggil ambulans, nafas sudah terhenti. Ramai teman-teman di Putrajaya memberi penghormatan dengan mengunjungi mayat di Hospital Putrajaya. Post Mortem pagi yang sama menyatakan pembuluh darah di otak telah pecah. Allahu Akbar. Makluman daripada teman juga menyatakan minggu lepas arwah baru me

33 - CINTA KASIH SAYANG = PERKAHWINAN

Bismillahirahmanirrahim      Assalamualaikum. Sumber Google Sabtu lepas, di TV3 ada cerita Kabhi Alvida  Na Kehna (Jangan diucap Selamat Tinggal). Dahulu saya gemar juga menonton cerita Hindi. Zaman Shah Rukh Khan, Amir Khan, Kajol, Manisha Koirala, Juhi Chawla dan lain-lain.  Sekarang, tidak lagi. Ntah saya tidak gemarkan pelakon dan jalan cerita sekarang. Kita tahu cerita Hindi biasanya cliche. Tapi satu cerita yang terbaik dalam kamus tontonan saya ialah 3 IDIOTS. Sumber Google Berbalik pada Kabhi Alvida Na Kehna, saya baru pertama kali tengok cerita ini. Dan pelakon yang saya kira hebat2 menarik minat saya untuk duduk mengadap TV sambil tidurkan Imaan. Tayangan cerita telah bermula kita itu dan saya tidak tahu bagaimana cerita permulaannya. Kesimpulannya cerita ini tentang Shah Rukh Khan (Dev) suami kepada Preity Zinta (Riya) jatuh cinta kepada Rani Mukherjee (Maya) iaitu isteri kepada Abhishek Bachchan (Rishi).  Mereka (Dev dan Maya) mengkhianati pasangan masing2

32 - TIPS DI DAPUR 2

Bi smillahirahmanirrahim   Assalamualaikum. Ini untuk peringatan saya. Biasalah akak ni selalu sangat lupa sekarang. CARA  UNTUK KELUARKAN BIJI CILI TANPA PERLU MEMOTONG KESELURUHAN BAHAGIAN Potong bahagian depan/ kepala cili.  Kemudian tekan/picit cili tersebut dari bahagian ekor sampai ke bawah menggunakan jari anda untuk mengeluarkan biji cili. CARA UNTUK MENGGUNAKAN LIMAU NIPIS Jika kita menggunakan parutan kulit limau sebagai bahan untuk masakan, pastikan kulit limau tidak diparut lebih awal kerana khasiat dan fungsi kulit limau hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja. Manakala sekiranya mahu mengeluarkan air limau dengan lebih mudah dan banyak secara manual, ketuk dahulu buah limau menggunakan batu lesung. Kemudian baru potong dan perah. CARA UNTUK CAIRKAN MADU YANG BERTUKAR KRISTAL  Jika kita membeli madu biasa yang selalu digunakan untuk tujuan masakan, kemungkinan madu menjadi keras adalah tinggi. Oleh itu, untuk mencairkan semula madu tersebut, letakkan a