Skip to main content

61 - INAS - SATU KEHILANGAN YANG PASTI

Bismillahirahmanirrahim     
Assalamualaikum
  • 08042014 @ 1045 pagi - Pengesahan kematian yang dibuat oleh Dr Azri.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Selepas keluar daripada bilik ICU, semua barang - beg baju, bekalan susu adik kami bawa keluar dari bilik tersebut sementara pihak hospital mencabut wayar mesin.
  • Ketika itulah, bos ummi Pn Masayu hadir bersama pihak pengurusan yang lain. Pelukan Pn Masayu membuat hati ummi merintih lagi. Rupanya kedatangan pengurusan turut diiringi kakitangan lain di pejabat ummi. Masing-masing memberi kata perangsang untuk ummi menerima kehilangan adik.
  • Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itu kenyataan dan hari itu baru ummi memahami maksud tersirat peribahasa ini.
  • Ketika di sana juga rakan sejawatan yang pernah bertugas memberi pendapat sekiranya ummi dan ayah mahu melakukan prosedur post mortem. Kami sepakat untuk tidak mengambil tindakan tersebut. Untuk apa kami biarkan tubuh adik ditoreh sedangkan seluruh tubuh adik yang biru lebam sudah cukup menunjukkan betapa sakit adik diserang jangkitan kuman. Ummi tak rela adik disakiti lagi.
  • Mujur ada teman sepejabat yang membantu menguruskan pengambilan ubat dan jenazah. Terima kasih semua.
  • Selepas itu, pihak hospital membenarkan untuk melawat jenazah adik di Isolation Room sebelum jenazah dimandikan. Ketika itu telefon bimbit penuh dengan sms, mesej di whatsapp dan panggilan telefon rakan ummi. Berita kematian adik tersebar dengan cepat. Semasa di Isolation Room seorang Ketua Jururawat menarik tangan ummi dan menyerahkan sesuatu sebagai tanda kenangan. Ummi terharu. Sungguh itu kenangan terindah untuk kami sekeluarga. Terima kasih kepada pihak hospital. Hanya Allah yang akan membalasnya.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ketika menanti di bilik mayat, ummi meminta izin untuk turut memandikan jenazah adik. Baiknya Bilal Linda yang merupakan guru agama JAIM. Sebelum memulakan upacara mandi, bilal tersebut memaklumkan pada ummi supaya redha dengan pemergian anak kecil ini. Janji Allah pasti, anak ini akan menunggu ummi di Syurga. Ketika itu, sayu hati ummi melihat tubuh kaku anak ummi yang comel melebam seluruh tubuh. Ya Allah... kasihan anak kecilku.
  • Ummi membantu mengkafankan adik. Pakaian akhir adik. Sedih hati ummi. Anak yang ummi kandung 39 minggu 1 hari pergi meninggalkan ummi setelah 45 minggu 1 hari menyedut oksigen di bumi Allah. Allahu Akbar, Engkau Maha Mengetahui kenapa aku yang dipilih untuk menerima ujian hebatMu ini.
  • Jenazah adik kami bawa pulang ke Telok Mas. Kakak imaan kelihatan pelik dengan ramai orang yang menangis. Tetapi kakak tetap mencium jenazah adik.
  • Ketika jenazah adik kami kebumikan, teman pejabat, mantan pengarah ummi dari Seremban dan teman-teman ummi dari Putrjaya turut hadir di kawasan pengebumian. Terharu ummi dengan semangat persahabatan yang ada. Syukur Ya Allah.
  • Seperti kata kawan-kawan ummi, ummi patut bersyukur walaupun arwah adik pergi begitu cepat saat mental dan fizikal ummi belum bersedia, sekurang-kurangnya adik tidak menyusahkan ummi untuk tempoh lama.
  • Betul sepanjang 45 minggu 1 hari, adik anak yang mudah untuk dijaga. Kecomelan adik, keletah adik menggamit rindu yang sangat mendalam.
  • Sepanjang hari hingga ke malam, kawan-kawan tidak putus berkunjung dan memberi kata semangat.
  • Allah, sampaikan rasa rindu ini kepada anak kecilku...
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

Comments

  1. takziah sis...moga ketabahan bersama sis sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. sedih baca kak..smg terus tabah ya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fizah. Ye masih berusaha untuk menabahkan segalanya.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

29 - UBAHSUAI RUMAH - PEMILIHAN LAMPU

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum.

Untuk sistem pencahayaan di dalam rumah, kami memilih lampu downlight LED. Kesemua lampu ini kami beli di kedai lampu eShine di Semabok, Melaka.Kenapa eShine ? Pertama - ini kedai yang menawarkan khidmat PR yang bagus. Nova lighting pun bagus tapi harga tak bagus untuk bajet kami hihi. New Style Lighting Semabok - belum tanya harga, PR dah teruk. Nak paksa beli baru boleh bagi quotation. Kedua - kontraktor ni memang selalu deal dengan kontraktor yang buat wiring rumah kami, so after sale service memang confirm dan senang sebab mereka juga kawan kepada penaja lampu pagar kami.Di bahagian ruang tamu cuma ada lampu downlight dan lampu dinding. Manakala, di ruang tengah, kami cuma pasang lampu gantung dan downlight. Di bahagian belakang rumah, kami cuma pasang 2 unit lampu kalimantang pada awning.Sementara itu, di tepi rumah kami pasang 2 unit lampu spotlight.
Di pintu pagar, lampu ini ditaja oleh rakan baik. Terima kasih Pn Chua! Di bahagian depan…