Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

134 - PADANG BULAN DAN CINTA DI DALAM GELAS

Bismillahirahmanirrahim        Assalamualaikum Kalau kamu mencari satu buku yang berkualiti dan berbaloi untuk dibeli, pilihlah karya-karya Andrea Hirata. Ianya tidak pernah mengecewakan. Kamu akan dikembalikan kepada nostalgia asal usulmu. Tentang kampung yang jauh daripada pembangunan, tentang rasa susah yang akhirnya menguatkan jiwa, tentang masyarakat dan rakyat, tentang jati diri seorang melayu dan tentang semangat setia dalam berkawan. Andrea Hirata dia punya kelas tersendiri. Dia penulis pujaan hati. Padang Bulan dan Cinta Di Dalam Gelas adalah dwilogi buku yang baru saya khatamkan. Buku adik saya. Dan pastinya saya akan beli untuk koleksi peribadi. Kalau yang pernah membaca tetralogi buku Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov akan memudahkan kita memahami watak dalam buku dwilogi ini. 1 buku dua cerita SATU Padang Bulan, dwilogi pertama tentang pengorbanan Enong, anak kecil pedalaman yang sangat mencintai bahasa inggeris. Tapi atas desakan h

133 - TALAM, GULA DAN POLITIK

Bismillahirahmanirrahim      Assalamualaikum Satu Ramai orang suka makan talam. Tapi tidak pada saya. Mungkin bukan citarasa saya. TAPI... Kalau ada yang talam bermuka-muka  Sila jangan menghampiri saya. Saya sangat tidak suka. Dua Gula itu manis. Di mana ada gula, di situ ada semut. Bila ada semut, ada juga Ratu Semut. Banyak manis tidak elok untuk kesihatan. Penyumbang kepada banyak penyakit. Manis berkata memang orang suka. Kalau nawaitunya baik tidak mengapa. Kalau di sebalik manis kata ada racun berbisa. Itu bahaya. Tiga Saya pernah bersemuka dengan seseorang. Yang telah mengutip pengalaman di luar negara. Kembali ke Malaysia dan menyumbang kepada perubahan landskap negara. Katanya dia tidak percaya kepada politik Malaysia. Sebab itu dia tidak mendaftar sebagai pengundi. Itu kepercayaannya. Tapi saya seorang pengundi. Biarpun tak jauh beza pandangan dengan dia. Apabila ada politik di dalam pejabat. Iklim bekerja tidak sekondusif dulu. As a nutsh

132 - BERSANGKA BAIK

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Islam menyeru seseorang Muslim bersangka baik dengan Allah. Besar mana ujian yang diberi kita kena bersangka baik. Dengan bersangka baik kita lebih tenang untuk menerima ujian yang diberi. Hakikatnya sangat mudah untuk menaip perkataan B.E.R.S.A.N.G.K.A.B.A.I.K. Tapi sangat susah untuk istiqamah dengan perasaan itu. Pada saya bersangka baik itu bukan hanya lafaz di bibir. Tapi pengertian sepenuh hati. Memahami menyelami dan mengikhlaskan hati akan perasaan itu. Kita meminta orang bersangka baik tapi kadang kita lupa bahawa apa yang sedang kita hadapi itu juga ujian untuk kita bersangka baik dengan Allah. -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ingatkah kita tentang kisah Nabi Ibrahim yang lewat mendapat zuriat sendiri. Nabi Ismail adalah anak Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar. Ingatkah kita bagaimana Nabi Ibrahim diminta untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail? Sifat k