Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

144 - KEPENTINGAN MEMASANG LOCENG BAGI RUMAH BERPAGAR

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Pada pendapat saya, rumah yang berpagar amat memerlukan pemasangan loceng di rumah. Ini berdasarkan pengalaman peribadi. Rumah kami tidaklah besar mana, tetapi pada waktu awal-awal berpindah ke rumah sekarang pernah berlaku keluarga sebelah Encik Suami datang ke rumah dengan memberi salam TAPI kami di dalam langsung tidak mendengar panggilan dari luar. Padahal pada waktu itu, kami telah memasang loceng cuma tidak disedari/diketahui tetamu luar. Ini turut diakui jiran lain yang mereka juga tidak mendengar panggilan dari luar rumah mereka. Kami ini pun sebenarnya turut tidak menyedari kepentingan memasang loceng ni tapi masa di awal renovasi rumah, kawan saya yang mencadang dan memasangkan loceng tersebut yang pada asalnya tidak tersenarai dalam senarai wiring yang perlu dilakukan. Dan syukurlah ada kawan yang menunjukkan jalan yang lurus hehe. Di kawasan rumah kami tahap akses talian Celcom memang amat mendukacitakan. Memandangkan kam

143 - BILA LELAKI BERBICARA

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Saya ada seorang kawan lelaki yang saya kenal semasa bekerja di Kuala Lumpur 8 tahun yang lalu. Kami bekerja dalam satu jabatan tetapi berlainan unit. Tidak rapat tetapi sebab dia jenis kelakar dan ramah dengan semua orang termasuk dengan makcik-makcik jadi senang untuk bercerita.  Sebenarnya lama saya tidak mengetahui cerita kawan-kawan di pejabat lama walaupun mereka berada dalam senarai kawan di laman Facebook. Dan bila dia menyatakan satu pendapat yang cukup terbuka, sebagai perempuan saya rasa saya kamu dan sesiapa sahaja perlu mengambil peduli pendapat ini. Memang mengaibkan bagi seorang wanita jika seorang lelaki mula berfantasi tentang tubuh badan kita. Tapi kita selalu lupa tentang aurat. Tentang kenapa Islam menggariskan cara pemakaian seorang muslimah yang sewajarnya. Bila melihat orang di depan mata berkain nipis hingga menampakkan tiang dua batang saya rasa malu. Kadang yang berpakaian begitu seorang wanita yang jauh sang

142 - DUA TAHUN

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Imaan Maryam sejak tiada adik sangatlah manja dan mengada. Kalau semasa Inas Sarah ada dahulu dia boleh berdikari, sekarang tidak lagi. Dia tahu tumpuan hanya padanya seorang. Antara Imaan dan Inas banyak bezanya. Imaan dari lahir sehingga sekarang dalam hati ada taman. Mudah menangis. Inas dari lahir sangat mudah dijaga dan saya kira anak kecil yang sabar. Sekarang, bila melihat Imaan main bersendiri, kami tidak mengelak dari memikirkan 'kalau' Inas masih ada. Pasti sudah berebut mainan. Kami mahu lihat bagaimana sifat ketua sebagai anak sulung dalam diri Imaan. Kadang-kadang melihat anak kecil kawan-kawan yang sepatutnya sebaya dengan Inas, kami menggambarkan Inas dalam usia anak-anak kecil itu. Gambaran yang sukar diimaginasikan minda sebenarnya. Tapi itulah, apa yang kami mahu lihat dan gambarkan bukan dalam kehendak DIA. DIA tahu apa yang terbaik. Inas Sarah Affendi - hari ini genap umur kamu 2 tahun. Ummi ayah dan kakak