Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

152 - LUPA

Bismillahirahmanirrahim Lately , saya ni asyiklah lupa. Semalam 25.08.2015 baru saya TERINGAT road tax kereta merah saya belum ditampal dengan yang baru. Padahal awal bulan lepas saya dah pergi renew insurance dan road tax di Takaful Malaysia dan JPJ UTC . Road tax tu mati 12.08.2015. Dah dekat dua (2) minggu baru saya perasan dengan tiba-tiba. Ya tiba-tiba je teringat. Sedangkan dengan kereta merah ini lah hari-hari saya berulang alik Alor Gajah-Ayer Keroh dengan dua minggu berturut-turut saya masuk Bandar Melaka memberi ceramah kewangan. Haish nasib baik tak kena saman. Itu satu cerita. Cerita kedua, petang Isnin 24.08.2015 balik memberi ceramah di Hotel Ramada Plaza saya terus ke klinik. Saya tahu saya belum solat tapi saya nak kejarkan sangat klinik yang akan tutup pukul 6.00 petang. Balik dari klinik saya letak barang dan buat kerja rutin selepas kembali daripada kerja seperti biasa. Semasa mandi petang hampir pukul 7.00 baru saya TERINGAT saya belum solat asar. Hais

151 - LUAHAN RASA

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum Akhir-akhir ini saya rasa mahu marah. Marah sangat dengan apa yang berlaku di sekeliling saya sama ada ia isu setempat atau nasional. Tapi saya tak ingin ulas secara mendalam di sini. Saya rasa penat, menyampah dan sakit hati. Dari sekecil hal sehingga isu IMDB atau derma RM2.6b saya rasa tidak berpuas hati. Saya jadi penat membaca pelbagai cerita, pelbagai penjelasan di media elektronik baik dari rakyat biasa seperti saya yang meluah rasa atau para pemimpin dan pihak berwajib. Ia menjengkelkan. Terkini cerita MH370 berputar semula selepas penemuan flaperon pesawat Boeing 777. Seperti disebut seseorang lewat beberapa bulan yang lalu.. 'Jika objek sebesar syiling 50 sen dapat dikesan satelit USA, bagaimana kehilangan MH370 boleh gagal dikesan.. ' Ianya menimbulkan tanda tanya dan curiosity yang menjurus kepada negativity bagi rakyat marhen seperti saya. Semalam di suratkhabar kisah anak 11 tahun melahirkan bayi di Negeri Sembi