Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

162 - BUKU - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

Bismillahirrahmanirrahim Dalam sebulan selepas pembelian buku secara online , saya telah khatamkan 3 buah buku.   Tengggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh penulis ulung Hamka. Koleksi cerpen Tasik Madu oleh SN A.Samad Said   Creative Parenting Today Saya cuma nak ulas sedikit sahaja tentang buku Hamka ini. Tengggelamnya Kapal Van Der Wijck .Buku ni memang legend . Ditulis pada tahun 1938. Hanya PTS sahaja syarikat penerbitan Malaysia yang diberi lesen untuk menerbitkan semula buku ini dengan mengekalkan bahasa Indonesia tanpa dialih bahasa ke bahasa Melayu Malaysia bagi mengekalkan keaslian buku ini.  Secara ringkasnya buku ini mengisahkan tentang Zainuddin seorang anak yatim piatu hasil perkahwinan sepasang suami isteri berlainan bangsa. Beliau tidak diiktiraf sepenuhnya oleh keturunan kedua-dua ibu bapanya kerana dari bangsa yangberbeza.   Dari Mengkasar (tempat asal si ibu) Zainuddin berhijrah ke Padang mencari keturunan asal arwah ayah. Dia tidak diterima

161 - KITAR SEMULA BOTOL

Bismillahirrahmanirrahim   Ini sebahagian bekas sos spaghetti yang ada di rumah. Memang saya tak buang sejak tahun lepas. Plan untuk kitar semula. Nak kitar semula pun kenalah pastikan label pelekat pada botol dibuang terlebih dahulu. Semudah ABC.  Langkah 1 : Kumpulkan koleksi botol setempat.  Langkah 2 : Masukkan air suam dalam besen yang dicampur dengan sedikit sabun serbuk.  Langkah 3 : Rendamkan botol-botol dalam besen. Pastikan semua label pelekat terkena air sabun.  Langkah 4 : Keluarkan botol yang terendam tadi dan tanggalkan label pelekat. Cuci lebihan gam pelekat di sinki dapur.  Langkah 5 : Keringkan botol yang telah ditanggalkan label pelekatnya. Langkah 6 : Kitar semula botol yang telah tonggel untuk tujuan lain. Botol-botol ni boleh dibuat untuk simpanan rempah ratus, hiasan (tapi kena kreatif mendeko la), tempat simpan klip kertas atau apa sahaja yang dirasakan sesuai. Tapi saya simpan sebab ada plan untuk digunakan sebagai doorgift . Oh bila majlisn

160 - ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Bismillahirahmanirrahim Semalam ulang tahun perkahwinan kami. Tiada celebration . Tiada mood nak berjalan atau keluar makan. Pregnancy kali ni memang tak larat nak berjalan. Cuma plan untuk buat kek. Encik Suami kata buatlah hujung minggu nanti. Biasanya bila tarikh ulang tahun saya akan bercuti. Tahun ni tidak. Sibuk dengan tugas pejabat. Kami laki bini memang tak romantik. Lagi2 Encik Suami. Memang takde surprise . Haha. Yang surprise dia wish saya 2 hari lebih awal. Lelaki. Biasa kalau lupa dan salah tarikh. Hahaha. Suami saya mungkin tidak romantik dalam meluah kata-kata. Tapi dia sahabat baik saya. Dia pendengar yang setia. Dia lelaki yang mampu bersabar dengan karenah isteri dan anak-anak. Dia lah pembantu saya menguruskan rumahtangga. Dia sanggup belajar memasak bila saya keletihan membawa anak dalam rahim ini. Dia menguruskan kerja rumah bila saya lewat sampai ke rumah. Saya cuma berdoa dan berharap usia perkahwinan berkekalan sampai ke Syurga. Saya mahu dia sebagai p

159 - MYCYBERSALE2015 - BUKU

Bismillahirahmanirrahim Jumaat lepas masa surfing internet entah dekat laman sesawang mana saya terpaut pada link mycybersale 2015(malaysia's biggest online sale ). Dalam banyak list yang ada, ada beberapa yang menarik minat dengan kadar potongan yang mengiurkan. Hehe. Tapi saya cuma sempat dan membeli belah secara online pada bookcafe.com . Lama tak membeli buku. Dengan tawaran harga yang mencairkan hati saya beli 14 buah buku. Ikutkan hati macam-macam mahu dibeli tetapi memandangkan bulan ni dah banyak spend untuk pelbagai expenses , maka kenalah berpada-pada dalam berbelanja. Lagipun, jangan tamak ada lagi buku dalam stok belum terbaca. Proses kehamilan kali ini saya agak malas berjalan. Jadi banyak belian dibuat secara atas talian termasuk persiapan barang bayi. Walau pun, berdekatan dengan office ada je mum and baby fair. Untuk belian buku ini,saya buat tempahan dan bayaran pada petang Jumaat lalu dan buku-buku ini selamat sampai ke pejabat pada hari Isnin. Perkhi