Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

170 - KANDIL DI KAKI GUNUNG

Bismillahirahmanirrahim Pada asalnya, saya  mahu menghabiskan bacaan buku Pn Roza Roslan sepanjang tempoh berpantang. Namun buku Travelog Cinta Abadi, Masa Yang Berlalu saya mulakan  awal sebelum bersalin. Buku ini dibahagi kepada beberapa bab yang mempunyai kesinambungan tentang kisah zaman kecil penulis. Zaman kanak-kanak penulis, anak kedua dalam 7 beradik. Beliau memegang tanggungjawab besar dalam menjaga adik-adik ketika kakak sulung melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Saya mengagumi bagaimana penulis begitu berdikari menjadi ketua keluarga bilamana si ibu tidak sihat selepas melahirkan anak ketujuh dan abah yang sibuk dengan mencari rezeki keluarga. Beliau menjadi emak dalam menyediakan makanan harian untuk adik-adik. Memanjat pokok untuk mendapatkan buah-buahan di kebun ayah untuk dijual di tepi jalan. Penulis juga menceritakan tentang hubungan kekeluargaan dengan nenek yang dipanggil Mak Wa serta hubungan dengan rakan di sekolah. Dalam setiap bab penc

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim Jumaat 20.11.2015, saya dah rasa letih membawa perut malahan semasa mesyuarat LNPT petang itu saya dapat rasakan perut saya mengeras. Petang yang sama semasa bersembang dengan rakan pejabat, setiausaha Pengarah ada menyatakan entah-entah saya yang bersalin dahulu sebelum seorang staf yang dijangkakan bersalin minggu berikutnya. Mengikut pengiraan, saya ibu terakhir yang akan bersalin dalam senarai ibu hamil tahun 2015.  Minggu sebelum itu mak ada tawarkan untuk menjaga Imaan dan   saya boleh berulang alik daripada pejabat ke rumah sehingga tarikh jangkaan bersalin pada 11.12.2015. Tetapi saya menolak kerana kasihankan suami tinggal sendirian walaupun suami pernah juga menanyakan perkara yang sama. Dan keletihan yang menjadi-jadi membuatkan saya memutuskan hujung minggu seterusnya (mulai 28.11.2015) saya mahu terus menginap di rumah mak.  Pagi 23.11.2015 (Isnin), saya terjaga pukul 3 pagi dan terasa ada sesuatu keluar. Sehingga hampir 4 pagi saya tidak