Skip to main content

176 - AFTER A LONG HIATUS

Bismillahirrahmanirrahim 

  • Lama tidak menulis di sini. Tidak tahu cerita yang mana mahu ditulis. 
  • April 2016 yang sarat dengan emosi.
  • 8 April 2016, genap dua tahun pemergian Inas Sarah Affendi. Sekejap kan? Sekejap bagi mereka yang tidak rasa 'sakit' kehilangan anak. Tapi dalam tempoh dua tahun ini, rasa redha ini semakin berkembang di dalam sanubari. Sabar tak? Kalau tak sabar mungkin saya dah hilang akal awal-awal kehilangan anak ini dulu. Sungguh masa itu juga yang akan merawat rasa hati. Penyerahan sepenuhnya perlu diikhlaskan hanya kepada Dia Yang Memiliki apa yang di langit dan di bumi. Sebab kamu buat apa sekalipun, takdir tetap tidak boleh diubah. Luka hati hanya boleh dirawat dengan doa. Dia Maha Mendengar. Apa jadi sekalipun, kita kena kembali kepada Dia. Allah Yang Maha Agung.
  • April 2016, ayah tidak sihat. Sangat tidak sihat. Sakit dengan tiba-tiba. Ia bermula pada 1 April bila saya dimaklumkan adik lelaki supaya membelikan ayah air prune untuk kencing kotor.
  • 2 April 2016, kami: saya+suami+ayah+mak+anak-anak menghadiri kenduri kahwin. Nampak ayah tidak seceria sebelum ini. (Ayah orangnya ceria, peramah dan rajin mengusik orang. Beliau mengusik orang tidak kira kanak-kanak hingga orang dewasa, baik keluarga sendiri ataupun orang kampung)
  • Awal minggu bulan April ayah asyik demam. Beberapa kali ke jabatan kecemasan. Bila ayah demam, beliau cepat lupa. Ini TIDAK PERNAH TERJADI sebelum ini.
  • 14.04.2016, ayah ditahan di hospital kerana kencing kotor. Seminggu di hospital, doktor menjalankan CT Scan kerana agak pelik kenapa ayah jadi pelupa dan pendiam.
  • 15.04.2016 - 17.04.2016 : Ramai ahli kariah tidak putus-putus menziarahi ayah. Di wad tersebut ayah paling ramai menerima visitor. Ayah diam dan kadang-kadang sedih melihat ramai orang menziarahinya. Sikap yang sangat contradict dengan watak sebelum ini.
  • 18-19.0.2016, pihak hospital maklumkan ayah menghidapi KANSER PANKREAS TAHAP 4!
  • 22.04.2016, pihak hospital maklumkan kanser ayah telah merebak ke otak.
  • 23.04.2016, kami bawa ayah pulang ke rumah atas risiko sendiri. Hari itu hari Sabtu, sebelum ayah sampai ke rumah, orang kampung sudah datang berkunjung ke rumah mak. Amazingly, bila di rumah ayah boleh sedikit bersuara dan ingat setiap soalan yang ditanya.
  • Tapi ayah semakin kurus, tidak bermaya.
  • 12.05.2016, saya dan abang membawa ayah ke Klinik Pakar untuk rawatan susulan. Nampak lesunya ayah.
  • 16.05.2016, kami bawa ayah ke hospital semula bila ayah tidak mampu lagi untuk duduk dan dalam keadaan yang sangat lemah.
  • 18.05.2016, ayah dipindahkan ke Unit Rawatan Paliatif. Kata doktr, ayah sudah tidak boleh dirawat. Kanser merebak ke seluruh badan. Di unit ini, pelawat bebas keluar masuk tanpa menunggu waktu melawat. Ayah sudah tidak boleh berinteraksi dengan kami.
  • 19.05.2016, kami sekeluarga berkampung di unit ini. Kata doktor bertugas, ayah makin kritikal hanya keajaiban sahaja yang akan memanjangkan hayat ayah. Kaum keluarga diminta dipanggil kerana bila-bila masa nafas ayah boleh terhenti.
  • Kami berada sehingga malam di unit ini. Saya sampai di rumah lebih pukul 10 malam. Belum pun sempat terlena, adik lelaki telefon,  ayah telah dijemput pulang pada pukul 00.15 Jumaat 20.05.2016. Innalillahiwainnailahirajiun.
  • Ayah pergi pada hari paling baik. Penghulu segala hari. Jenazah ayah terus dibawa pulang selepas selesai pengesahan kematian.
  • Kami tahu ayah akan pergi cuma sekejap sangat ayah sakit. Allah telah tetapkan percaturan ini. Biarpun sekejap, ia tidak mengejutkan. Allah tarik nikmat perlahan-lahan. 
  • Secara peribadi ketika saya tahu kanser ayah merebak, setiap kali solat saya berdoa Allah permudahkan urusan. Semoga kami bersedia menerima pemergian ayah. Mungkin pengalaman kehilangan anak menyebabkan saya lebih bersedia untuk menerima 1 lagi kehilangan.
  • Ayah tetap seorang bagi setiap anak. Perginya tidak boleh diganti. Rumah mak sunyi tanpa suara ayah. Kurang 2 bulan Allah dah biasakan kami dengan pendiamnya ayah sebelum Dia jemput ayah pulang.
  • Alhamdulillah, jasad ayah dimandi dan dikafankan anak-anak. Sedih melihat jasad ayah sejuk terbujur kaku. Itulah kali akhir kami melihat ayah.
  • Jauh di sudut hati, saya bangga dengan ayah. Di hujung usia tuanya, ayah sentiasa berjemaah solat 5 waktu di masjid. Jika tidak ke masjid, ayah akan berjemaah dengan mak di rumah. Malahan setiap hari ayah bangun Qiamullail dan membaca AlQuran. Ayah dah buat persiapan sebelum pergi. Ayah dah bawa bekal sebelum menghadap Allah. Ayah dah bawa lampu yang menemani gelapnya kubur. Saya berdoa rumah baru ayah jauh lebih hebat daripada apa yang dimiliki atas bumi ini. Saya harap malaikat munkar dan nakir berlembut dengan ayah ketika di sana.
  • Hati kami masih sedih kehilangan ayah. Tapi kami tersenyum bila orang kampung bercerita yang baik-baik tentang ayah. Kami bangga dengan ayah. Ayah bukan orang Melaka. Loghat Kedahnya masih pekat tetapi ayah lebih Melaka dari mak. Ayah lebih dikenali orang sekeliling daripada mak yang memang berasal dari kampung itu.
  • Sehingga kini, setiap minggu bila menziarah ayah dan Inas Sarah, saya terbayang-bayang aktiviti ayah semasa hayatnya. Waktu lawatan kami itu, biasanya ayah masih sibuk membersihkan masjid.
  • Ayah, saya mahu jumpa ayah di Syurga. Damailah ayah di sana. 
  • Kita semua akan mati juga. Bezanya train ayah sampai dulu. Train kami akan menyusul kemudian.
  • AlFatihah untuk ayah. 

Comments

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

29 - UBAHSUAI RUMAH - PEMILIHAN LAMPU

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum.

Untuk sistem pencahayaan di dalam rumah, kami memilih lampu downlight LED. Kesemua lampu ini kami beli di kedai lampu eShine di Semabok, Melaka.Kenapa eShine ? Pertama - ini kedai yang menawarkan khidmat PR yang bagus. Nova lighting pun bagus tapi harga tak bagus untuk bajet kami hihi. New Style Lighting Semabok - belum tanya harga, PR dah teruk. Nak paksa beli baru boleh bagi quotation. Kedua - kontraktor ni memang selalu deal dengan kontraktor yang buat wiring rumah kami, so after sale service memang confirm dan senang sebab mereka juga kawan kepada penaja lampu pagar kami.Di bahagian ruang tamu cuma ada lampu downlight dan lampu dinding. Manakala, di ruang tengah, kami cuma pasang lampu gantung dan downlight. Di bahagian belakang rumah, kami cuma pasang 2 unit lampu kalimantang pada awning.Sementara itu, di tepi rumah kami pasang 2 unit lampu spotlight.
Di pintu pagar, lampu ini ditaja oleh rakan baik. Terima kasih Pn Chua! Di bahagian depan…