Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

182 - CAT BILIK ANAK

Bismillahirrahmanirrahim Aktiviti cuti CNY yang lalu, mengecat bilik anak. Dengan harapan anak akan tidur bilik sendiri. Idea nak mengecat bilik anak ni pun sebab terjebak dengan grou p Kelab Ikea dalam FB nun. Tapi kami tak cat the whole dinding bilik. Ah memang taklah kan. Sebab 1- Malas. Sebab 2 - Leceh. Sebab 3 - Dinding tinggi (faktor keselamatan juga sebab ni bukan setakat cat 1 warna) Maka keputusan diambil, marilah kita mengecat half wall untuk L shape wall  sahaja. Kalau boleh cat 1 dinding plan nya memang nak cat dari atas ke bawah. Tapi berbalik kepada 3 sebab tu kita cat 2 dinding je la kot. Nak mengecat design ala-ala geometri ni kena rajin la sikit. Disebabkan tiada pengalaman dan malas bertanya, kita pun dok melukis la dinding macam step kat bawah ni : Lukis corak guna pensel anak. Tampal cellotape ikut corak lukisan tadi tu. Kena pilih cellotape yang betul sebab dulu pernah guna cellotape yang salah bila tanggalkan siap tanggal cat sedia ada. Yang ni Enc

181- ABAH - PEMERGIAN YANG AMAT MENGEJUT

B ismillahirrahmanirrahim Menjelang tahun baru, acapkali saya berfikir entah bukan-bukan. Ia tentang kematian. Saban tahun sejak tahun 2011, setiap tahun akan ada ahli keluarga yang kembali ke Rahmatullah. 2011 -  Ahmad Zaqwan, sepupu Encik Suami meninggal kerana jatuh basikal. 2012 - Datuk saya, bapa emak meninggal sakit tua. 2013 - Pakcik, adik emak meninggal kerana kanser paru-paru. 2014 - 1-Pakcik, adik ayah meninggal sakit jantung, 2 - Makcik, adik ayah meninggal dalam tidur tanpa sakit, 3 - anak kecintaan ummi, I nas Sarah meninggal kerana meningitis.  2015 - 1- Pakcik, adik emak mertua, meninggal dalam tidur kerana sakit jantung. 2 - Pakcik, abang ayah meninggal kerana sakit yang tidak berapa jelas. 2016 - 1-   Ayah tercinta meninggal sakit kanse r. 2 - Nenek Encik Suami meninggal sakit kencing manis. 2017 - Saya jadi berdebar-debar. Mudah sangat hati berfikir yang bukan-bukan. Sehinggalah pada petang 11.01.2017, bila Encik Suami call supaya pulang kerana abah (FIL)