Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

191 - CARA MENAMPAL LENCANA SEKOLAH DENGAN MUDAH

Bismillahirrahmanirrahim 2 hari sebelum sekolah hari tu, barulah akak terhegeh nak pasang lencana di tudung sekolah Maryam. Masa tu baru beli tudung 5 pasang. Jenuh la juga nak menjahit 5 lencana. Entah macam mana terfikir nak google cara mudah pasang lencana. Terima kasih Allah kerana memberi idea bernas tersebut. Dan mujur juga barang keperluan tu semua ada kat rumah ni. Barangnya mudah je, ada 3 selain tudung dan lencana la. Gam UHU - The All Purpose Adhesive Sapu tangan kecil Kad keras Caranya sangat mudah. Picit gam dan sapu keliling lencana tu. Pastikan bahagian bucu lencana tu digam sehabis baik. Yang penting jangan gam tangan sendiri. Alas kad keras di bahagian dalam tudung. Selepas tu baru tampal lencana di atas tudung. Ini bagi mengelakkan gam tadi meresap ke bawah tudung. Basahkan sapu tangan kecil dan letakkan sapu tangan di atas lencana yang telah siap dilekatkan di atas tudung. Panaskan iron dan tekap iron di atas sapu tangan kecil supaya lencana